ASBABUN NUZUL
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari 'Utsman Ibnu 'Umar bahawa 'Utsman Ibnu "Umar berkata : "Masih segar terngiang di telinga kami bahawa ayat ini (al-Humazah :1-2) turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina Rasul dengan kekayaannya."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber as-Suddi bahawa ayat ini (al-Humazah 1-3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat tersebut turun sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu.
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari seorang Riqqah bahawa ayat ini (al-Humazah : 1-3) turun berkenaan dengan Jamil bin 'Amir al-Jumhi, seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang.
Diriwayatkan oleh Ibnul Munzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq bahawa Umayyah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka Allah menurunkan ayat ini (al-Humazah 1-9) sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu.